Panasnya Hari Ini

1MDB: ‘Najib juga sepatutnya didakwa kerana sabotaj’ – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata 1MDB dan individu yang bertanggungjawab perlu didakwa berikutan penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan Negara termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, 1MDB dan individu yang bertanggungjawab perlu didakwa kerana penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan Negara.

“Pencipta 1MDB dan pengurus-pengurusnya adalah mereka yang mensabotaj Negara ini, yang sebelum ini mempunyai rekod yang baik bagi pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang kukuh.

“Mereka adalah orang-orang yang patut didakwa di mahkamah kerana sabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia.

“Oleh sebab Najiblah yang mencipta 1MDB, meminjam RM42 bilion, melabur wang itu dan menghilangkannya, Najib juga sepatutnya didakwa kerana sabotaj,”ujarnya menerusi catatan terbaharu di blog beliau, chedet.cc.

Katanya lagi, kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga mengelirukan.

Tun Mahathir berkata, beliau keliru apabila Mohamad Apandi mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang didakwa kerana cubaan sabotaj terhadap sistem perbankan dan kewangan Negara.

“Saya menganggap bahawa laporan mereka kepada pihak berkuasa polis di United Kingdom, Switzerland dan Hong Kong (di mana urus niaga itu berlaku) adalah asas kepada caj-caj sabotaj yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

“Tetapi penerbitan oleh akhbar asing mengenai tipu helah dalam pelaburan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keluar lebih lama sebelum Khairuddin melaporkannya,”katanya.

Jelas Tun Mahathir lagi, laporan yang dikeluarkan oleh media asing itu dibuat dengan penerangan yang sangat terperinci mengenai apa dan siapa yang terlibat.

Tambah bekas perdana menteri selama 22 tahun itu lagi, 1MDB atau Kementerian Kewangan (MOF) gagal memberi kenyataan yang memuaskan untuk menafikan dakwaan media asing itu.

“Kerana laporan-laporan akhbar ini tidak disangkal dengan memuaskan oleh 1MDB dan MOF sedangkan tanggapan yang telah wujud mengenai pendakwaan penyalahgunaan sistem kewangan dan perbankan Malaysia boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

“Jika sekiranya tidak wujud 1MDB dan tiada RM42 bilion yang dipinjam, akhbar tidak akan melaporkan dan tidak akan ada laporan-laporan polis. Tidakkah laporan-laporan akhbar itu dianggap sebagai sabotaj?,”soalnya.

Tun Mahathir turut berkata, sebagai alternatif kepada semua pihak, semua pemberita-pemberita akhbar dan laporan kepada polis juga seharusnya didakwa kerana cubaan sabotaj terhadap sistem kewangan dan perbankan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");