Jenayah

300 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

MIRI – Sejumlah 300 orang mangsa banjir dari 107 keluarga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang, setakat pukul 8 malam tadi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang, Subuh Posa berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di sana ialah dari Kampung Hulu Medamit.

“Bekalan makanan telah dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),”katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Subuh berkata paras air sungai menunjukkan ada penurunan pada pukul 5.30 pagi ini namun langkah berjaga-jaga masih diteruskan.

Mangsa banjir tersebut berada di pusat pemindahan berkenaan sejak pukul 2 petang kelmarin.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");