Perak Hari Ini

40 Tahun Terpisah, Azali Berjaya Hubungi Semula Keluarga

IPOH: Sejurus selepas gambarnya disiarkan di laman Facebook milik Peraktoday akhirnya kerinduan terhadap ahli keluarga setelah hampir 40 tahun terubat apabila Azali Harun yang berasal dari Changkat Jong Perak, berjaya menemui semula keluarganya biarpun hanya menerusi panggilan telefon semalam.

Terdahulu, Facebook Peraktoday memaparkan gambar Azali Harun yang ingin mencari ahli keluarganya yang telah terpisah selama hampir 40 tahun setelah beliau merantau ke Tawau Sabah untuk bekerja.

Menurut adiknya Baharudin Harun abang sulungnya itu pada mulanya ke Tawau Sabah bagi mengikuti satu skim rancangan belia bersama rakannya, namun setelah setahun di sana rakannya pulang semula ke Perak manakala abangnya mengambil keputusan untuk terus menetap di sana dan gagal untuk dihubungi selepas  itu.

Tambahnya lagi, sekitar tahun 1995 keluarga berjaya menghubungi Azali namun sekali lagi gagal dihubungi sehingga sekarang.

Pada ketika itu, akibat masalah kewangan antara punca Azali sukar untuk pulang ke kampung halaman.

“Telah lama kami berusaha mengesan abang saya dengan pelbagai cara ternasuklah menyiarkannya di surat khabar beberapa tahun lepas,” katanya.

Tambahnya lagi, menerusi panggilan telefon dengan abangnya semalam, Azali juga bercadang untuk pulang ke kampung halaman pada Disember atau Januari tahun hadapan.

“Anak abang saya kini ada duduk di Pasir Gudang Johor dan mereka cuba juga untuk mencari keluarga kami namun tidak berhasil,” katanya ketika dihubungi Peraktoday hari ini.

Tambahnya lagi, beliau sekeluarga amat berharap abangnya dapat pulang ke kampung halaman bagi menemui ahli keluarga dan ibunya.

“Ayah sudah meninggal dan emak pula sudah uzur dalam usia 80-an dengan kesihatan yang tidak menentu.. harap abang dapat balik,” katanya.

Tambahnya tidak dapat digambarkan perasaan seronok dan gembira itu apabila dapat menghubungi semula abang sulungnya  setelah begitu lama terpisah.

“Mestinya gembira, Insyallah kami akan jumpa semula tidak lama lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");