Isu Panas

Ahmad Bashah: Umno Kedah masih kukuh

GEORGETOWN – Umno Kedah masih kukuh walaupun timbul pelbagai spekulasi terutama isu pertukaran menteri besarnya.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, semua pihak memberi komitmen yang baik termasuk dari akar umbi bagi memastikan parti itu terus kukuh tanpa sebarang perpecahan.

Beliau berkata, Umno Kedah sejak dahulu masih kukuh, bersatu padu malah tiada unsur perpecahan.

Ini kerana pertukaran menteri besar adalah perkara biasa dalam arena politik dan bergantung kepada prerogatif Perdana Menteri.

“Jika dia rasa perlu ada perubahan, maka itu hak dia. Pertukaran itu perkara biasa, tiada apa yang baharu pun.

“Ia lumrah dalam perjalanan pentadbiran negara dan rakyat perlu beri keyakinan kepadanya. Jika mahu saya komen isu pertukaran menteri besar, saya hanya berpegang kepada prerogatif Perdana Menteri. Lagipun, sudah beberapa kali dibuat sejak zaman

Tunku Abdul Rahman lagi,” katanya kepada media selepas meninjau kedai yang terlibat dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 di Little India di sini, semalam.

Terdahulu, menerusi laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penggugurannya.

Dalam kenyataannya itu, Mukhriz dipetik sebagai berkata, tidak perlu menggugurkannya tetapi dia sendiri akan berundur jika rakyat tidak menyokongnya.

Mukhriz turut meminta dibantu dalam berkhidmat untuk rakyat dan mengetepikan masalah dalaman.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");