Isu Panas

Akhirnya, satu per satu tukang fitnah keluar Pas

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa tukang fitnah dalam Pas akhirnya telah keluar parti selepas melemparkan fitnah setiap hari.

Menurutnya, meskipun dilanda fitnah terutama melibatkan dakwaan menyertai Umno, Pas masih tetap bertahan hingga hari ini di bawah kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ratib Pas nak masuk Umno 33 kali, Pas nak bergabung dengan Umno 33 kali, Tuan Guru Haji Hadi nak bawa Pas masuk Umno 33 kali, Pas bekerjasama dengan Umno 99 kali, setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam.

“Kesannya, seorang demi seorang peratib ini keluar Pas namun Pas kekal dengan prinsip perjuangan Islamnya dan Tuan Guru selaku Presiden Pas terus konsisten dengan wibawanya sebagai pemimpin Pas,” tulisnya dalam kemaskini status di Facebook, hari ini.

Terbaharu, Pas dikaitkan mahu kerjasama bersama Umno susulan keputusan parti itu yang mengambil sikap berkecuali daripada menyertai cadangan menolak usul Bajet 2016 di Parlimen.

Keputusan itu nyata menjadi satu lagi alasan ketegangan hubungan antara Pas dengan DAP apabila parti bekas rakan sekutunya itu mendakwa keputusan itu membuktikan Pas bekerjasama dengan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad dilapor berkata Pas tidak boleh bertindak berkecuali sebaliknya perlu memutuskan menyokong atau tidak Bajet 2016 itu.

Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini menegaskan pendekatan itu diambil Pas bukan bermaksud parti itu akan menjalankan kerjasama politik dengan BN kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN malah beliau sekali lagi sempat menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");