Panasnya Hari Ini

Amanah Sedia Terima Husam Musa

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah)menyatakan kesediaan untuk menerima bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekiranya beliau dipecat.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, kesediaan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir yang berharap supaya Naib Presiden PAS itu segera menyertai parti dibawah Pakatan Harapan (PH).

“Kalau dia mahu sertai, kita sedia untuk menerima. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan dan sekiranya tidak muat kereta kancil, lori besar kami sediakan.

“Malah sejak pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelihatan Husam telah dipinggirkan oleh partinya sendiri,” ujarnya.

Namun bagaimanapun, Amanah tegasya tidak menjanjikan sebarang jawatan kepada Husam jika menyertai parti berkenaan.

“Walaupun tiada jawatan di dalam parti, Husam berhak mengkritik dan memberikan pandangan. Malahan pihak pimpinan tertinggi sedia menerima teguran beliau,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Husam merupakan aset besar parti itu jika beliau menyertai parti itu.

“Kita tahu beliau merupakan pemimpin yang hebat kerana di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, kita dapat lihat kecemerlangannya. Malah, beliau juga pernah mengetuai pelbagai biro,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");