Isu Panas

AMK dakwa BN alih isu

SHAH ALAM: AMK mendakwa kontroversi gambar naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas pengganas Sulu, Jacel Kiram sebagai cubaan mengalih perhatian daripada tujuan utama pertemuan tersebut.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan yang diaturkan Filipina bagi menyuarakan sokongan kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan.

“Nurul Izzah berada di Filipina untuk bertemu beberapa pimpinan masyarakat. Mereka menyuarakan sokongan kepada Anwar yang dipenjarakan secara tidak adil.

“Satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa termasuk Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membuat deklarasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrari.

“BN tidak seharusnya lari daripada perkara ini dan sengaja mengalihkan perhatian daripada deklarasi itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.?

Gambar Nurul Izzah dan Jacel mencetuskan kontroversi berikutan status Jacel sebagai anak Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan menjadi dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Susulan itu, beberapa pemimpin BN mendesak Nurul Izzah meminta maaf kerana dianggap tidak sensitif perasaan mangsa insiden Lahad Datu.

Nik Nazmi berkata, PKR termasuk Nurul Izzah dan ahli Parlimen pembangkang lain paling lantang mengecam pencerobohan Lahad Datu yang dianggap tidak berjaya ditangani dengan baik oleh Kerajaan Malaysia.

“Kami amat komited melaksanakan Deklarasi Kuching 2012, dengan ikrar, ‘kami berpegang teguh semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang dicetuskan dan dikendalikan pemimpin-pemimpin kami yang terdahulu,’” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");