Panasnya Hari Ini

‘Apa dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memutuskan bahawa hanya ketua-ketua sayap sahaja yang akan merasmikan persidangan masing-masing.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan MT UMNO bahawa tiada siapa yang boleh menghalang beliau dari terus bersuara.

“Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah Negara yang bebas dan mereka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.

“Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan Negara,”katanya menerusi status terbarunya di Facebook, petang tadi.

Terdahulu, mesyuarat MT UMNO semalam telah memutuskan bahawa mesyuarat UMNO ketiga-tiga sayap parti tersebut hanya akan dirasmikan oleh ketua masing-masing.

Muhyiddin berkata, disebabkan keputusan yang telah dibuat itu, beliau tidak lagi berpeluang menyampaikan amanat yang paling bermakna buatnya.

“Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.

“Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden,”luahnya.

Tambah bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau turut diberitahu bahawa terdapat beberapa pihak yang mahu menghalangnya daripada berucap.

“Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

“Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seorang pemimpin?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");