Panasnya Hari Ini

Apa Yang Muhyiddin Tunggu Lagi? – Blogger

KUALA LUMPUR: Selepas lantang mengkritik pelbagai isu termasuklah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuklah isu kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO sekadar melahirkan kisah-kisah simpati tanpa ada sebarang langkah berani yang diambil.

Blogger politik, parpukari.blogspot.com berkata, setelah hampir empat bulan sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu, penyokong-penyokongnya masih menanti apakah tindakan yang akan diambil oleh beliau, namun tiada apa yang terjadi.

“Apa yang kita nampak? Sekadar kisah-kisah simpati je, kata nak lawan. Tahukah Tan Sri berapa ramai penyokong Tan Sri yang tunggu bilakah harinya Tan Sri nak bukak silat. Bunga sudah bukak tapi sampai ke sekarang buah tak nampak.

“So Tan Sri, you have to decide, nak lawan ke atau nak tagih simpati dan orang dah mula bosan dan kalau dah tak nak lawan, terus sokong Perdana Menteri atau letak saja jawatan tanda tidak puashati,” katanya, menerusi catatan terbaru di blognya, hari ini.

Beliau juga mengharapkan agar Timbalan Presiden UMNO itu bersuara apabila tidak dipilih untuk merasmikan mesyuarat sayap UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) bulan hadapan, namun sebaliknya yang berlaku.

“Bila perasmian sayap Tan Sri itdak dipilih untuk dirasmikan, kita ingat Tan Sri akan buat satu statement (kenyataan) yang akan membakar semangat sesiapa yang menyokong Tan Sri, tapi apa yang kita nampak hanyalah statement tagih simpati.

“Tak jalan macam ni Tan Sri, maafkan saya Tan Sri, i may be sound rude but you have to make up your mind (saya mungkin kelihatan kurang sopan, tetapi Tan Sri perlu buat keputusan), makin lama dibuat begini adalah tidak baik untuk parti.

“Ada baiknya kalau Tan Sri nampak UMNO dah tak boleh nak buat apa maka letak saja jawatan dan biarlah UMNO dengan masalah mereka dan Tan Sri boleh retire (bersara) sepenuhnya,”ujarnya.

Tambahnya, sekiranya Muhyiddin mahu menegakkan haknya sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau perlu bangkit kerana ramai penyokong Muhyiddin mula bersuara.

“Tetapi kalau nak lawan maka Tan Sri kena bangkit. Kat bawah (penyokong) dah ramai mula cakap yang Tan Sri tak berani nak ke depan,”katanya.

Justeru, beliau sentiasa menantikan keputusan daripada Muhyiddin tentang langkah selanjutnya yang akan diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");