Perak Hari Ini

‘Atas Alasan Apa Saya Dipecat’ : Datuk Hamidah Osman

IPOH: “Saya masih kabur lagi, kenapa saya dipecat.

Begitu ulasan Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berhubung tindakan pemecatan beliau dari jawatan dan keahlian UMNO 24 November lalu.

Tegas Hamidah, sehingga ke hari ini beliau masih belum menerima sebarang surat pemecatan dan hanya mengetahuinya daripada televisyen sahaja.

Tambahnya beliau ada menerima surat meminta penjelasan berhubung Program Bicara Negara yang didakwa dianjurkan olehnya dan telah dihadiri oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lalu.

“Saya telah menjawab soalan itu kerana hakikatnya saya bukannya penganjur kepada program itu dan saya telah jawab kepada setiausaha Agung bahawa saya bukan penganjur namun saya hanya hadir atas jemputan,” katanya.

Tambahnya lagi,selepas itu beliau tidak mendapat sebarang perkembangan sehinggalah tarikh beliau dipecat.

“Sepatutnya prosedur yang harus diikuti setelah ada pertuduhan maka saya diberi tunjuk sebab dan seharusnya sahaja dibawa menghadap kepada lembaga displin parti.

“Disitu lah apa sahaja pertuduhan dibincangkan dan saya membela diri namun prosedur itu dibuat dan dipecat,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Impiana di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau akur dengan keputusan tersebut dan menganggapnya ianya adalah ketentuan Allah SWT dan mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Namun perjuangan saya demi negara,rakyat akan saya teruskan.. mungkin dalam pentas berbeza bukan dalam pentas politik tetapi saya akan terus berjuang demi negara dan rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya Hamidah lagi, tindakan pemecatannya itu jelas membuktikan beliau sekadar menjadi ‘kambing hitam’ dan mangsa.

“Cuma mungkin mereka melihat saya seorang wanita dan merasa mudah untuk dipecat mengikut kelantangan bersuara kerana ramai yang lebih lantang dari saya ,mungkin saya dijadikan kambing hitam .

“Usaha akan diteruskan kerana saya sendiri yakin jika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, kita akan bertambah teruk kerana saya bimbang dengan keputusan yang dibuatnya,” katanya lagi.
burn3

Pada sidang media tersebut, lima individu yang masing-masing memegang jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut mengumumkan perletakan jawatan masing-masing.

Antara yang meletakkan jawatan Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Maziah Khaudan,Bendahari Wanita UMNO Bahagian Gopeng Haziah Samah,AJK Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Fatimah Mohd Isa, Ahli Jawatankuasa Lantikan, Kalsom Abdul Hamid dan Setiausaha Penerangan Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Fatimah Abdul Rahman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");