Sukan Hari Ini

Azman umum undur diri

PENGURUS Kelantan, Azman Ibrahim mengejutkan peminat The Red Warriors apabila mengesahkan tidak lagi bersama pasukan itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Menurutnya, pengunduran itu dibuat bagi memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bola Sepak Rakyat anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Apabila dilantik sebagai COO Liga Rakyat, bebanan tugas bertambah dan akan menuntut saya untuk berada di luar Kelantan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur ini.

“Saya fikir ini adalah langkah terbaik dan jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memerlukan bantuan berkaitan dengan pengurusan pasukan, saya sedia memberikan pertolongan,” katanya dilantik untuk mengetuai Liga Bola Sepak Rakyat sejak 1 September lalu dan sudah memulakan tugas tersebut.

Azman yang memulakan tugas sebagai Pengurus Kelantan pada 2005 dianggap antara individu paling berjaya dalam sejarah bola sepak Kelantan sejak berdekad-dekad lalu.

Bermula dengan membantu Kelantan menjuarai Liga FAM pada 2005, Azman memastikan pasukan dari pantai timur itu kembali semula ke saingan Liga Perdana pada tahun berikutnya.

Kejayaan terbesar beliau semasa menguruskan Kelantan adalah mengakhiri penantian 89 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Selepas itu, Azman mencipta sejarahnya tersendiri apabila membantu Kelantan merangkul kejuaraan tiga piala musim 2012.

Sementara itu, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebooknya menulis beliau telah menerima maklum berhubung perkara tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");