Panasnya Hari Ini

Bagaimana Penjualan EDRA Boleh Kurangkan Hutang 1MDB? – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengenai kaedah penjualan stesen janakuasa Edra kepada Negara China dapat mengurangkan hutan syarikat pelaburan Negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Dr Mahathir, stesen kuasa tersebut dibeli ketika Ringgit berada pada paras RM3.20 bagi satu dolar Amerika (USD) dan kini, Ringgit berada pada paras RM4.20 bagi satu USD.

“Perlu diambil perhatian bahawa pada masa 1MDB membeli loji-loji janakuasa tersebut, Ringgit berada pada paras RM3.20 bagi satu dolar Amerika. Kini ia berada pada paras RM4.20 bagi satu dolar Amerika.

“Dihitung dari segi dolar Amerika, RM9.83 bilion yang dibayar oleh syarikat China adalah bernilai lebih rendah daripada RM9.83 yang dibayar oleh 1MDB.

“Setelah EDRA dijual dengan harga RM9.83 bilion, bagaimana ini dapat mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 hingga RM18 bilion. Sekali lagi, dengan mengambil kira kejatuhan nilai Ringgit, bagaimana hutang dalam USD boleh dikurangkan,”katanya menerusi catatan baharu dalam blognya, chedet.cc.

Terdahulu, 1MDB melaporkan bahawa syarikat itu akan mengurangkan antara RM16 billion hingga RM18 bilion hutangnya selepas menjual EDRA.

1MDB membeli loji-loji janakuasa bersama dengan hutangnya sejumlah RM16 bilion dengan harga RM18 bilion dan CGN telah membayar RM9.83 bilion untuk 100 peratus aset tenaga tersebut.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut berkata, mempersoalkan adakah kerajaan menganggap pembelian loji janakuasa itu merupakan satu bentuk pelaburan langsung asing (FDI).

“Adakah pembelian loji janakuasa oleh pembeli asing satu bentuk pelaburan langsung asing? Wang yang dibawa masuk akan keluar untuk membayar hutang asing dan jumlah wang yang keluar adalah jauh lebih besar daripada aliran masuk.

“Adakah kerajaan akan membenarkan penghantaran balik penuh keuntungan yang diperolehi dari loji-loji di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa China mempunyai peraturan di mana penghantaran balik keuntungan adalah dalam bentuk eksport produk China, dan bukan wang tunai.

“Berapa banyak kawalan kerajaan akan kenakan atas utiliti yang dimiliki asing? Penetapan harga yang boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat itu boleh menyebabkan kerajaan memberi subsidi,”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");