Perak Hari Ini

Bajet 2016 Fokus Pembangunan, Jaga Kepentingan Rakyat

IPOH: Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu bajet yang mengfokuskan pembangunan negara dan seterusnya mengambil kira kepentingan rakyat.

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Kewangan (II) Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam satu sidang media di Radio Televisyen Malaysia (RTM) disini, pagi tadi.

PERAK TODAY 2

Menurut Husni, pertambahan RM3 bilion dalam perbelanjaan pembangunan adalah satu bukti bahawa Kerajaan mengambil serius dalam usaha untuk mengukuhkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Bajet ini meliputi tiga perkara utama. Pertamanya mempertahankan kemampanan ekonomi negara, kemudian meningkatkan kapasiti negara dan ketiga meringakan kos sara hidup rakyat,” ujar beliau.

Husni berkata dengan memberi fokus kepada pembangunan, masyarakat turut mendapat manfaat yang besar kerana ianya membuka pelbagai peluang pekerjaan dan mengukuhkan struktur ekonomi dalam negara.

“Dalam pembangunan, cuba kita fokus kepada projek Lembah Wawasan. Kita hubungkan Kuala Lumpur, Putrajaya sampai Negeri Sembilan. Bila kita lakukan pembangunan, ia akan mendorong lebih daripada 50 sub-sektor yang akan dapat untung di sini.

“Kita nak pastikan tidak ada pembuangan kerja atau pengangguran berlaku, kita mahu sediakan peluang pekerja dan itulah falsafah bajet ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, Husni menyatakan Kerajaan pada ketika ini sedang memberi penekanan dalam industri Sistem Bangunan Industri (IBS) yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Kita kena melihat pada masa depan. Jika projek ini (IBS) berjaya, harga sebuah rumah yang berkualiti hanyalah RM 30, 000 atau RM 40, 000 seunit, rumah-rumah ini juga dapat disiapkan dengan cepat,” ujarnya.

Husni menyatakan IBS adalah salah satu sistem yang diguna pakai di beberapa buah negara untuk membina bangunan industri dalam tempoh masa yang singkat dan menggunakan kos yang rendah.

“Kita lihat negara China dan Filipina. Di China, pemaju di sana menyiapkan sebuah hotel 30 tingkat hanya dalam masa dua minggu. Selalunya kalau kita lihat di negara kita, pemaju mengambil masa setahun atau dua tahun untuk menyiapkan satu projek mereka,” tambah Husni.

Apabila ditanya pula mengenai saiz rumah rumah di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Husni menegaskan saiznya tidak terlalu kecil seperti apa yang diperkatakan orang ramai.

“Saya dah melihat rumah SPNB di Manjoi. Dengan harga RM 65, 000, mereka dapat sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua buah bilik air,” ujar beliau.

Kerajaan juga katanya akan tetap melaksanakan pembangunan bagi menjada kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Sesetengah orang yang dah setia dengan parti mereka, Kerajaan buat apa pun mereka tidak suka, apapun yang Kerajaan akan fokus untuk membantu semua orang,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");