Membawang Hari Ini

Bambino Kiss mampu pergi jauh

Nama Bambino Kiss yang dianggotai empat anak muda dari Kajang, Selangor ini mungkin masih asing dalam dalam kalangan peminat muzik arus perdana.

Namun, bagi pengikut band indie terutama remaja, band yang kini popular dengan lagu sulung berjudul Tenang Tenang Ceria ini semakin mendapat perhatian.

Perihal itu menunjukkan potensi kumpulan yang dianggotai Muhammad Aliff Asyraff Rosman (gitaris), 23, Syed Ilyas Shahab Syed Mashor (vokalis), 23, Ahmad Syazwan Salehuddin (gitaris), 25, dan Hairee Idham Harun (dram), 23, ini mampu pergi jauh.

“Semuanya baru saja bermula buat kami di arus perdana ini. Walaupun sudah ditubuhkan sejak 2009, banyak cabaran yang kami hadapi termasuk tiada sokongan daripada pihak radio untuk memainkan lagu sebelum ini.

“Namun, demi minat terhadap muzik kami terus mencuba dan bereksperimen untuk mencari lagu yang boleh diterima. Akhirnya dengan Tenang Tenang Ceria, ia mula menunjukkan peluang cerah untuk kami,” kata Aliff.

Sambung Syed Ilyas atau mesra dengan sapaan Abu, respons baik daripada pendengar di YouTube dan stesen radio im4u FM terhadap lagu ciptaan mereka itu, Bambino Kiss menarik perhatian vokalis OAG, Radhi untuk melamar.

“Selepas bertahun-tahun terumbang-ambing dan mencuba nasib, akhirnya beberapa bulan lalu abang Radhi terdengar lagu kami di radio im4u dan terus mencari kami.

“Sejak itu, maka bermulalah perjuangan kami di bawah naungan pengurusan Musicscape. Kini, kami sedang mempromosikan lagu itu lebih meluas dan berharap dapat memikat pendengar,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Syazwan atau Dekwan berkata, mereka bukan band indie yang syok sendiri dalam berkarya.

Katanya, sebagai orang baru mereka terbuka menerima bimbingan dan pandangan daripada penggiat yang lebih berpengalaman untuk menghasilkan lagu.

“Kalau hendak tahu lagu Tenang Tenang Ceria itu sendiri beberapa kali kami rakam semula dan perkemaskan susunannya.

“Kami tidak terbitkan sendiri pun, tapi dengan bimbingan penerbit berpengalaman Greg Henderson. Kami mahu hasilnya mengikut standard yang boleh diterima umum,” katanya.

Justeru itu, Bambino Kiss yang kini sibuk menyiapkan lagu kedua mereka bertajuk Remaja, berharap mereka diberikan tempat untuk berkongsi karya muzik dengan semua pihak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");