Perak Hari Ini

Banjir: Tiada Penambahan Jumlah Pusat Pemindahan

IPOH: Setakat 6 petang tadi, tiada sebarang penambahan pusat pemindahan sementara bagi mangsa yang terjejas akibat banjir di Perak.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, statistik terkini hanya terdapat empat pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat kawasan utama yang terjejas.

Antaranya di Pantai Remis iaitu pusat pemindahan banjir sementara dibuka di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Bagan Serai di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Teluk Intan.

Dalam pada itu, antara kawasan yang turut terjejas iaitu di Parit dan sebuah pusat pemindahan sementara turut dibuka di Surau Nurul Jannah Batu 6 bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Pelbagai agensi yang terlibat seperti pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli jawatankuasa kampung dan RELA.

IMG-20151118-WA0004

Setakat jam 5 petang tadi, pihak anggota JPAM turut membantu memindahkan 4 keluarga  melibatkan 21 orang mangsa banjir ke pusat pemindahan Surau Nurul Jannah Batu 6 di Parit berikutan kenaikan paras air sekitar 0.7 meter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");