Jenayah

Bayi perempuan dijumpai dalam tandas

KUANTAN: Seorang tukang cuci terkejut apabila terjumpa bayi yang masih bertali pusat di dalam tandas di tingkat atas Terminal Sentral Kuantan di sini, semalam.

Salsani Besar, 52, berkata, dia masuk ke dalam tandas berkenaan kira-kira jam 12.35 tengah hari untuk memeriksa keadaan tandas.

Bagaimana pun, apabila membuka pintu tandas yang kelima, dia ternampak seorang bayi diletakkan di atas mozek dalam keadaan berselimut kain batik.

“Bayi berkenaan hanya diam sebelum saya memanggil seorang rakan yang turut berada di dalam tandas.

“Kami terkejut dan memanggil rakan yang lain untuk melihat bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Salsani berkata, mereka membawa bayi perempuan berkenaan ke pejabat pemandu teksi sebelum menghubungi pihak polis.

Dia yang baharu tiga bulan bekerja di situ berkata kali pertama berdepan dengan insiden sedemikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan berkenaan di tandas berkenaan.

“Polis tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dilahirkan di tempat lain berdasarkan keadaan bayi yang tiada kesan darah sebelum ditinggalkan dalam tandas tersebut.

“Kita juga sedang mengenal pasti dan mengesan individu yang terlibat meninggalkan bayi tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");