Panasnya Hari Ini

Belanjawan 2016 Masih Ada Kebaikan Untuk Rakyat- Nik Abduh

KUALA LUMPUR: Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan pembentangan belanjawan 2016 yang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih memberi kebaikan kepada rakyat.

Ketua Pemuda Pas itu bagiamanapun menyatakan masih ada beberapa perkara dalam belanjawan 2016 yang ditentang oleh parti itu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut laporan Malaysiakini, Nik Abduh tetap akan membahaskan belanjawan itu demi keadilan buat semua.

Sementara itu, pandangan pembangkang lain mengenai belanjawan yang menguntungkan Najib dan kerajaan BN turut dipersetujui Nik Abduh.

Kenyatan itu dibuat Nik Abduh selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu terlibat dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib 26 Oktober lalu.

Hadi juga dilaporkan menyatakan tidak mahu menolak sepenuhnya belanjawan itu kerana masih ada perkara yang memberi faedah buat rakyat dan Pas menyokong perkara tersebut.

Foto- Malaysiakini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");