Jenayah

Buru suspek belasah kru feri

GEORGETOWN – Gambar tiga lelaki yang kononnya ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di atas feri seperti tersebar di laman sosial sejak semalam adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, gambar tiga lelaki berkenaan tiada kaitan dengan kes pergaduhan berkenaan sebaliknya sehingga semalam, belum ada tangkapan dibuat.

Menurutnya, polis kini sedang giat memburu kumpulan terbabit yang dilaporkan memukul seorang kru feri sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan patah tulang rusuk kiri akibat dipukul dengan topi keledar, kaki dan tangan.

“Apa yang disiarkan di laman sosial itu tidak tepat malah tiada kaitan langsung dengan kes pergaduhan itu.

“Kita akan siasat pihak yang menyebarkan gambar berkenaan,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang kru feri cedera dipukul sekumpulan lelaki semasa feri Pulau Pinang hendak berlabuh di terminal feri Raja Tun Uda di Weld Quay di sini.

Difahamkan kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu berpunca daripada salah faham selepas kru feri berkenaan meminta 11 remaja yang berada di bahagian depan pintu dek feri beredar.

Berang selepas diarahkan beredar, kumpulan lelaki itu bertindak mengasari kru berkenaan sebelum mereka memukulnya beramai-ramai.

Sementara itu, Mior Faridalathrash meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat insiden pergaduhan itu menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");