Perak Hari Ini

Buruh Bebas Tuduhan Bunuh

IPOH – Seorang lelaki yang berkerja sebagai buruh terlepas dari tali gantung dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, atas tuduhan membunuh di Simpang Pulai, dua tahun lalu.

S. Krishnan, 28, yang memakai baju kemeja berkotak, seluar jean biru dilepas dan dibebaskan di akhir kes pembelaan memandangkan pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali setelah saksi gagal mengenal pasti dan membuktikan tertuduh antara tiga tertuduh yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Krishnan diwakili peguamnya, Charan Singh terlepas tuduhan tersebut setelah kawad cam yang dilakukan tidak dapat membuktikan dirinya terlibat.

Chanran berkata,saksi tidak dapat mengenal pasti dan membuktikan S.Krishnan salah seorang daripada dua lagi individu yang masuk ke rumah itu untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Kes tersebut katanya, bergantung kepada keterangan saksi melibatkan kawad cam yang dijalankan pada 18 Julai 2014 lalu.

Jelasnya, laporan kawad cam adalah keterangan sokongan pertama dan dalam kes ini saksi gagal mengecam tertuduh sebagai salah seorang daripada tiga orang yang terlibat menjadikan laporan kawad cam tidak boleh diterima oleh pihak mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Krishnan bersama dua orang lagi yang masih bebas membunuh S.Susindran di sebuah rumah beralamat No.18 Hala Pulai Timur 7, Chandan Desa Simpang Pulai antara jam 2.30 petang pada 9 November 2013 dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Dalam kejadian itu, mayat S.Susindran mempunyai 19 kesan tetakan di badanya dan mengakibatkan penderaan berlebihan sehingga menyebabkan kematian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");