Panasnya Hari Ini

Charles Morais ‘Main Wayang’- Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Kenyataan adik kepada Kevin Morais yang dibunuh, Charles Morais bahawa terdapat keterangan seorang personaliti kanan dalam pemacu USB milik Kevin Morais hanyalah wayang semata-mata.

Kenyataan itu dibuat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam akaun laman sosial Twitter miliknya.

“Satu lagi wayang dengan skrip yang buruk dan pelakon yang sama-sama buruk,” tulisnya dalam status Twitternya pada Khamis lalu yang merujuk kepada pendedahan adik Kevin yang dibunuh, Charles Suresh Morais.

Charles dalam akaun bersumpah (SD) awam yang dibuat pada Rabu mendakwa kertas pertuduhan yang disediakan abangnya terhadap seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi semasa Kevin berkhidmat di Jabatan Peguam Negara (JPN) mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Kevin.

Menurut laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today, Rahman menegaskan tuduhan yang dilemparkan oleh Charles adalah tidak berasas kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan pertuduhan itu tidak berasas.

Tindakan Charles yang mengambil masa yang lama sebelum mendedahkan maklumat itu juga dipersoalkan oleh Rahman kerana ia seakan-akan menunggu Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlangsung 8 hingga 12 Disember ini.

“Dakwaan yang tidak masuk akal oleh Charles Morais tentang pembunuhan yang muncul sekian lama selepas kejadian tetapi sebelum PAU UMNO. Tepat pada masanya!,” tulisnya dalam laman Twitter.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan kes penculikan Kevin pada 4 September lalu semasa sedang memandu ke tempat kerjanya di Putrajaya.

Kemudian, kereta miliknya yang telah dibakar ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

Kemudian, pada 16 September, negara digemparkan pula dengan penemuan mayat Kevin Morais yang disimen dan disumbat ke dalam satu tong drum minyak.

Foto-Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");