Panasnya Hari Ini

DAP Akan Terus Pastikan PAS Tidak Lakukan Kejahatan

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan bahawa parti itu akan terus kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghalang Pas terus berkuasa.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, ujarnya kebersamaan yang terjalin kini  adalah untuk memastikan PAS tidak melakukan sebarang ‘kejahatan’ dakwanya seperti yang berlaku di Kelantan.

“Kita kena halang Pas laksanakan undang-undang yang tak baik untuk rakyat. Lihat macam di Kelantan, hutan simpan kekal untuk buat pembalakan. Bukan saya cakap, itu (Datuk Husam Musa), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pas Kelantan yang bongkarkan perkara ini.

“Kalau dia boleh buat dekat Kelantan, mana tahu mungkin dia boleh buat dekat Selangor. Itu sebab DAP perlu di Selangor untuk pastikan Pas tak buat jahat terhadap rakyat macam dia buat dekat Kelantan,” katanya.

Guan Eng dalam ucapannya pada Kongres Kebangsaan Wanita DAP tahun 2015 di Ibu Pejabat DAP hari ini turut menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan kepada semua mengenai Pakatan Rakyat yang masih wujud di Selangor.

“Di Pulau Pinang kita ada kerajaan negeri Pakatan Harapan. Di Selangor mengapa terus ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat sungguhpun kita tahu Pakatan Rakyat sudah mati apabila Pas putuskan hubungan dengan parti DAP.

“Pakatan Rakyat tak wujud lagi. Di Selangor sahaja, macam mana ini boleh berlaku? Ini saya rasa Menteri Besar Selangor kena jelaskan kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");