Isu Panas

DAP Kedah anjur konvensyen selamat parti

Alor Setar: DAP Kedah yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan mengadakan Konvensyen DAP Kedah bertema Selamatkan DAP Kedah pada 11 Disember ini bagi merungkai kemelut dua ‘kapal’ berbeza dalam parti itu sejak lebih dua tahun lalu.

Bekas Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata, pihaknya tidak sanggup melihat kepimpinan dalam DAP Kedah ketika ini yang langsung tidak mengambil peduli serta tidak mahu memahami perasaan ahli parti berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini, DAP Kedah masih berhadapan dengan masalah dua ahli jawatankuasa berbeza di mana satu yang diiktiraf ROS, manakala satu lagi tidak sah.

“Sehubungan itu, kita sebagai DAP Kedah yang diiktiraf ROS akan mengadakan konvokesyen itu sebagai usaha menyelamatkan parti itu di negeri ini yang seperti tidak berpenghujung.

“Ahli DAP Kedah sudah terkeliru dan tertanya-tanya mengenai banyak cawangan yang belum diluluskan ROS,” katanya kepada pemberita pada sidang media di bilik mesyuarat DAP Kedah di Jalan Kristal 3, di sini, semalam.

Lee berkata, pihaknya banyak menerima banyak aduan daripada ahli parti itu yang tidak menerima notis mesyuarat agung tahunan konvokesyen negeri yang diadakan pada Jumaat lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");