Panasnya Hari Ini

DAP Meroyan Apabila Gagal Jatuhkan Abdul Hadi – Pemuda PAS

Foto:- ismaweb

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin menyifatkan bekas rakan sekutunya, DAP, meroyan apabila gagal untuk menjatuhkan Presiden Parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Pemuda PAS menganggap DAP sebagai bermimpi kerana terlalu ghairah sehingga sanggup mencipta isu bahawa PAS akan bekerjasama dengan UMNO dan terus menyerang parti itu.

“Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan UMNO berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.

PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Lim Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lalu melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara (PAN) sekarang telah menemui kegagalan,”katanya, memetik laporan daripada ismaweb.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam turut yakin bahawa serangan DAP terhadap PAS juga disebabkan dendam berikutan isu pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.

“Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah kerana dendam selepas PAS menolak calon Menteri Besar Selangor pilihan DAP dan PKR,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencabar agar DAP bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang seperti yang pernah disuarakan oleh beberapa individu dalam parti tersebut.

“Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat .”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");