Jenayah

Dua remaja maut kemalangan

PADANG BESAR – Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah van di Kilometer 13.8 Jalan Padang Melangit di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizzani Che Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, ketika kejadian van yang dinaiki peniaga, Jasmi Jamin, 53, dari arah Padang Melangit menuju ke Kaki Bukit.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki sedang berlumba datang dari arah bertentangan sebelum dua remaja berkenaan merempuh van berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan dua remaja itu tercampak dari motosikal masing-masing dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Rizani berkata, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua remaja terbabit dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");