Sukan Hari Ini

Fury juara baru dunia

Berlin: Peninju Britain Tyson Fury dimahkotakan juara baru heavyweight dunia semalam selepas menewaskan Wladimir Klitschko, yang tumpas kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Fury, 27, diberikan mata 115-112, 115-112 and 116-111 oleh juri dalam pertarungan di Duesseldorf untuk merampas gelaran WBA, IBF, IBO and WBO milik Klitschko apabila peninju Ukraine itu mengalami kekalahan pertamanya sejak 2004.

Juara baru itu meraikan kemenangan dengan menyanyikan lagu Aerosmith “Don’t Want to Miss a Thing” di gelanggang.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini dan bekerja keras setiap hari demi hari ini. Ia satu impian menjadi kenyataan,” kata Fury, yang kini menang semua 25 pertarungan profesional.

Klitschko berkata, ada syarat pertarungan semula dalam kontrak perlawanan dan menambah masih terlalu awal untuk bercakap soal persaraan dan terkejut dengan kepantasan Fury biarpun mempunyai ketinggian 2.06m.

“Saya membuat persiapan yang baik namun agak kurang pantas malam ini dan tidak menjangkakan dia begitu pantas,” kata Klitschko, yang menyambut ulangtahun ke-40 Mei lalu.

“Saya sedar, saya perlu menjatuhkannya pada akhir perlawanan,” katanya selepas mengalami kekalahan keempat dalam pertarungan profesional.

Fury akan membelanjakan wang kemenangan itu tidak kira berapa pun jumlahnya selepas bertaruh ke atas kemenangannya dengan bayaran £200,000 (RM1.28 juta).

Dia menepati ramalan sendiri untuk menewaskan Klitschko malah turut menghebahkan kepada juara tinju itu Rabu lalu dia akan memiliki semua tali pinggang itu.

Pertarungan itu sepatutnya diadakan Oktober lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana Klitschko mengalami kecederaan betis.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");