Laporan Eksklusif

G20 tunjuk kesungguhan tangani perubahan cuaca

ALTANYA – TURKI. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat kesungguhan dalam kalangan para pemimpin Kumpulan 20 (G20) untuk mencapai kata putus ke arah membantu menangani perubahan cuaca.

“Perubahan cuaca merupakan isu global dan G20 berharap agar COP 21 di Paris bulan depan mencapai kejayaan bukan seperti COP 15,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi makan malam sempena Sidang Kemuncak G20 yang ke-10 di sini.

Menurut Najib, kesemua pemimpin yang mengambil bahagian pada sesi kerja makan tengah hari mengenai pembangunan dan perubahan cuaca menyifatkan isu berkenaan sebagai satu ancaman serius yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia sejagat dan bukan hanya kepada negara tertentu.

Sementara itu, Persidangan Perubahan Cuaca atau ‘Climate Change Conference’ COP 21 akan diadakan di Paris pada 30 November hingga 11 Disember 2015 manakala COP 15 yang dilaporkan sebagai satu kegagalan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 2009.

Najib yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari sempena Sidang Kemuncak G20 hari ini, turut mengambil bahagian dan memberi pandangan beliau selaku Pengerusi Asean dalam dua sesi kerja iaitu mengenai pertumbuhan inklusif dan cabaran global berkaitan keganasan dan krisis orang pelarian.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");