Jenayah

Gadis ditemui maut di lantai

Kuala Lumpur: Gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di betis di pangsapuri di Cheras Utama, Cheras.

Mayat mangsa ditemui di bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai oleh polis yang tiba di pangsapuri selepas menerima maklumat, 5.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata mangsa sebelum ini menetap bersama bekas teman lelakinya di rumah itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa keluar dari rumah itu berikutan berlaku perselisihan faham, Oktober lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu, pada Rabu lalu, dalam keadaan bengkak di muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua betis.

“Lelaki itu ingin membawa mangsa ke hospital tetapi gadis itu menyatakan bahawa dia dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baru,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");