Sukan Hari Ini

Gol Defoe hukum Palace

London: Penyerang Sunderland Jermain Defoe menghukum kesilapan pertahanan lawan bagi membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana, awal pagi semalam.

Pasukan dengan rekod terburuk di gelanggang lawan itu meraih tiga mata di Selhurst Park bagi menjejaskan permulaan terbaik Palace berikutan ketabahan bekas penyerang England Defoe pada minit ke-80.

Ketika Defoe berusaha merampas bola, Scott Dann yang cuba menghalangnya melakukan kesilapan dengan tindakannya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya apabila merembat bola ke arah penjaga gol Wayne Hennessy sebelum singgah di kaki penyerang Sunderland itu yang mudah menampan masuk ke pintu gol yang ternganga.

Tiga mata itu membolehkan Sunderland melonjak ke tangga ke-18 dengan sembilan mata di depan Bournemouth menerusi perbezaan gol dan empat mata di depan kelab tercorot Aston Villa. Palace menghuni tangga ke-10 dengan 19 mata.

“Tindakan penyudahnya bertaraf dunia,” ujar pengurus Sunderland Sam Allardyce mengenai Defoe. “Jika anda mahukan seseorang memburu gol, dialah orangnya. Defoe tidak berputus asa dan itulah sebabnya penjaga gol dan pertahanan melakukan kesilapan.”

“Saya agak bertuah kerana berjaya mendapatkan gol itu dan terlalu gembira,” jelas Defoe. “Rakan sepasukan bekerja keras dalam latihan ketika rehat tugasan antarabangsa dan ia nyata berbaloi.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");