Sukan Hari Ini

Gol Dzyuba bantu Zenit mara pusingan kedua

Lyon: Dua jaringan Artem Dzyuba membantu Zenit Saint Petersburg menang 2-0 ke atas Lyon awal pagi semalam sekali gus layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Gol penyerang Russia itu pada setiap babak di Stade Gerland mengekalkan rentak gemilang Zenit dalam Kumpulan H pada aksi menarik yang berakhir dengan kedua-dua pasukan beraksi 10 pemain.

Zenit pasukan ketiga layak ke peringkat kalah mati selepas Real Madrid dan Manchester City.

“Saya gembira layak bersama Zenit dan juga demi bola sepak Russia,” kata bos Zenit Andre Villas-Boas.

“Akhirnya kami lebih efisien dari segi penyudah berbanding Lyon yang melakukan 23 percubaan ke arah gol kami.”

Dengan berbaki dua perlawanan, juara Russia itu mengumpul 12 mata, enam mata di depan Valencia, manakala Gent empat mata dan Lyon di tangga tercorot dengan hanya satu mata. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");