Isu Panas

‘Guan Eng perlu sekolah semula’

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditempelak supaya bersekolah semula apabila dilihat masih tidak faham mengenai pendirian Pas yang sehingga kini teguh mempertahankan keputusan untuk bersama PR.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, keputusan melalui Muktamar Pas bahawa parti itu masih bersama pakatan pembangkang sepatutnya sudah menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab bahawa Pas mahu bersama-sama Umno.

“Muktamar yang paling tinggi memutuskan kerjasama dengan PR. Dia tidak faham-faham lagikah? Agaknya Lim Guan Eng perlu sekolah semula,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas dakwaan pemimpin DAP yang tidak putus-putus memainkan isu bahawa Pas mahu mewujudkan kerjasama dengan Umno dan BN.

Terbaharu, Guan Eng turut menggambarkan sikap Pas seolah-olah sedia diperalat Umno apabila enggan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menolak Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu memberitahu bahawa Pas tidak akan sesekali meletakkan kedudukan mereka diperalat parti lain termasuk Umno.

“Pas berdiri sendiri sejak 62 tahun lalu dan sudah tahu asam garam politik. Kita juga ingin ingatkan dia bahawa rakyat yang beri undi kepada dia. Orang Pas juga beri undi,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai seorang pemimpin besar kepala dan ego dengan kedudukannya ketika ini sehingga bercakap dan bertindak dengan tidak sewajarnya.

Menurutnya, tindakan terbaharu Guan Eng memecat kira-kira 300 orang ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu juga sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara rundingan.

Jelasnya, jika Guan Eng bersikap sombong, tidak mustahil pengundi Cina juga akan menolak beliau satu hari nanti.

“Mungkin dia mahu tunjuk hebat, buang JKKK di Pulau Pinang dan membuat serangan bertubi-tubi kepada Pas,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");