Sukan Hari Ini

Hajat Soon Huat tidak kesampaian

IMPIAN pemain perseorangan lelaki negara, Goh Soon Huat untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau tidak kesampaian apabila tewas kepada Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan, semalam.

Pada aksi separuh akhir itu, Soon Huat yang mengejutkan pemain pilihan di suku akhir kelmarin gagal meneruskan rentak tersebut apabila tunduk mudah 15-21, 15-21 dalam masa 41 minit.

Kemenangan berkenaan membolehkan Hyeok Jin menentang sama ada pemain Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa atau Tian Houwei dari China.

Keputusan itu menyaksikan cabaran negara di Terbuka Macau berakhir selepas kesemua wakil Malaysia kecundang di peringkat awal.

Soon Huat berkata, beliau berusaha memberi terbaik namun ketangkasan lawannya tidak dapat disangkal.

“Memang saya ingin untuk menang tetapi pengalaman membezakan kami berdua,” katanya,

Walaupun gagal ke final, namun pencapaian mara ke separuh akhir pastinya akan membantu memperbaiki ranking pemain itu daripada kedudukan 82 dunia ketika ini, apatah lagi beliau sudah mengalahkan beberapa pemain yang berkedudukan lebih baik seperti Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) dan Wang Tzu-wei (Taiwan) pada pusingan awal.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");