Perak Hari Ini

Hamidah Desak Ku Nan Tunjuk Bukti

IPOH: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman meminta supaya Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tampil membuktikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pihak pembangkang adalah sebab pemecatannya.

Ujar Hamidah, Setiausaha agung UMNO itu tidak seharusnya memalukan dirinya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya ingin bertanya jika itu yang dikatakan pertuduhannya sila bagi bukti berkenaannya.

“Jangan memalukan dirinya dengan kenyataan yang dilihat begitu, mereka tidak mengetahui alasan apa saya dipecat,” katanya dalam sidang media khas di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, alasan yang diberikan berkenaan tidakan pemecatan beliau daripada UMNO sama sekali tidak kukuh.

“Kalau nak pecat saya mestilah ada buktinya, saya pun tidak faham sebagai Setiausaha agung boleh cakap begitu.

“Mengikut cara sepatuntnya sebarang tindakan saya sepatutnya diberi peluang membela diri namun dalam hal ini saya langsung tidak diberi peluang membela diri.

Ujar Hamidah lagi, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang surat pemecatan jawatannya.

“Ada yang mencadangkan saya membuat rayuan namun atas alasan apa rayuan itu ingin dibuat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Keputusan pemencatan adalah bergantung kepada cadangan lembaga displin yang dipersetujui oleh majlis tertinggi dan selalunya melibatkan tidakan digantung dan diberi amaran.

“Saya difahamkan lembaga displin tidak membuat keputusan ini saya tidak mengetahuinya ambil beberapa hari tidak bercakap dengan media kerana saya ingin tahu apa sebenarnya,” katanya lanjut.

Beliau pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan penganjur kepada Program Bicara Negara yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lalu.

“Ianya dianjurkan oleh kumpulan muda dan saya akui saya ada di situ. Ada pemimpin UMNO juga berada di sana mengapa tidak kena tindakan,” katanya lagi.

Tegas Hamidah beliau sama sekali tidak bercadang menyertai parti pembangkang dan akan meneruskan perjuangannya demi bangsa dan negara biarpun bukan lagi dalam cabang politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");