Perak Hari Ini

Hamidah Sampaikan Pesanan Khas Buat Presiden UMNO

IPOH: Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman menyampaikan pesanan khas yang ditujukan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak antara lain memohon supaya pemimpin negara itu tidak ‘membakar’ negara ini.

“Sir please don’t burn the country, we brun.. you will burn together. “Jangan bakar negara, kalau kami terbakar terbakar dia juga akan terbakar bersama,” katanya pada sidang media khas di Ipoh hari ini.

Beliau turut menyatakan kerisauannya melihat keadaan negara kini dan turut menyifatkan demokrasi dalam parti UMNO telah terkubur.

“Saya amat bimbang melihat keadaan hari ini, saya lihat demokrasi dalam UMNO telah terkubur.

“Tiada siapa lagi dibenarkan untuk bercakap malah dalam perhimpuann agung UMNO pun telah ada usaha untuk menghalang orang bercakap dan dalam masa yang sama menghalang orang yang mendengar,” katanya.

Beliau turut menegaskan tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pecatannya.

Hamidah katanya hanya akan menghantar surat memohon penjelasan tentang kedudukan sebenarnya dan sebab-sebab mengapa beliau dipecat.

Tegasnya lagi sehingga ke hari ini beliau masih belum jelas dan kabur atas alasan dan sebab apa beliau di pecat.

“Saya tidak mengetahui sebab utama saya dipecat.

“Saya telah bersama UMNO selama 33 tahun dan  setiap kali perhimpuan UMNO itulah masa dan saat ditunggu rakyat dan pimpinan negara untuk menyampaikan mesej kepada rakyat menerangkan matlamat perjuangan UMNO.

“Saya jelas saya tidak faham, adakah UMNO itu Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Najib adalah UMNO, apabila kita tegur Datuk Seri Najib adakah itu juga makna kita menegur UMNO,” katanya.

Tambahnya lagi,tindakan yang diambilnya adalah untuk menegur Presiden UMNO dan bukannya parti.

“Setiap kali kita bercakap pasal presiden bermakna kita mengaitkan menjatuhkan parti meruntuhkan parti.

“Saya cakap secara terus terang dari awal saya ada meminta Presiden undur dan tidak bermakna saya menentang parti
tapi kenapa parti harus menghukum saya,” katanya.

Beliau turut menafikan tindakan untuk menyertai pihak pembangkang dan kini hanya ingin akan melakukan sesuatu yang terdaya bagi membantu negara dan rakyat.

“Saya akan berjuang dalam pentas saya sendiri akan diumumkan kelak.

“Saya tidak akan berdiam diri dan ianya tidak akan mematahkan semangat saya malah memberi kekuatan untuk terus melangkah dan mungkin langkah yang lebih besar kerana saya tiada lagi sekatan,” katanya.

Tambahnya lagi sejak peristiwa pemecatannya terdapat individu yang hadir berjumpa dan mengajak beliau melakukan ‘sesuatu’.

“Kita akan melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita,” ulasnya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");