Panasnya Hari Ini

Hamidah Tetap Setia Walaupun Dipecat

KUALA LUMPUR: Pemecatan Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman tidak menghalang beliau daripada terus berjuang bersama parti keramat Melayu itu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO itu juga berkata, beliau akan terus teguh dalam memperjuangkan UMNO walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan lagi.

“Apa yang saya mahu beritahu sekarang, apa jua yang berlaku, walaupun saya bukan ahli UMNO, saya tetap dengan perjuangan UMNO.

“Saya masih setia dengan perjuangan UMNO walaupun saya bukan ahli UMNO,” ujar beliau memetik laporan Malay Mail Online.

Menurut Hamidah, perjuangan UMNO adalah perjuangan Melayu dan kesetiaan kepada parti bukan terletak kepada status ahli.

Beliau menambah, kesetiaannya tidak akan pernah berubah dan tidak akan sesekali melupakan perjuangan parti yang pernah disertainya itu.

Jelasnya, kini beliau sedang berehat dan dalam keadaan bertenang dan berfikir mana yang baik untuk dirinya.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");