Sukan Hari Ini

Harap aksi persahabatan tingkat motivasi pemain

Cardiff, United Kingdom: Jurulatih Belanda, Danny Blind (gambar) berharap beberapa perlawanan persahabatan mampu untuk meningkatkan motivasi pasukannya selepas mereka kembali bangkit dari kegagalan kelayakan Euro 2016 dengan menumpaskan Wales.

Selepas menduduki tempat ketiga di Piala Dunia tahun lalu, Belanda tidak tersenarai dalam 24 pasukan yang akan beraksi di Perancis tahun depan apabila terlepas slot ke Euro buat kali pertama sejak 1984.

Bagaimanapun, selepas Arjen Robben menjaringkan dua gol untuk membantu Belanda menang 3-2 di Cardiff kelmarin, Blind berharap keputusan yang sama menjelang pertemuan dengan Jerman Selasa ini serta Perancis dan England untuk tempoh 10 bulan sebelum bermulanya kelayakan Piala Dunia 2018.

“Ia tugas yang sukar. Bagaimanapun anda lihat sendiri mereka beraksi hari ini (kelmarin). Mereka begitu fokus dan sangat bertenaga di atas padang. Saya harap kami mampu mengekalkannya dan saya rasa kami boleh.

“Selepas ini kami akan bertemu Jerman (Selasa), serta Perancis dan England Mac tahun depan, semuanya pasukan gergasi. Saya harap mereka mengekalkan motivasi ini.

“Dalam masa yang sama saya harus berbincang dan menenangkan mereka bahawa kita tidak layak ke Perancis, jadi kami memerlukan perlawanan persahabatan itu untuk persediaan aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2018 Russia bertemu Sweden pada September tahun depan,” katanya kepada wartawan di Stadium Cardiff City.

Blind, yang tidak menurunkan pemain sayap Manchester United, Memphis Depay, memuji aksi luar biasa Robben selepas pemain sayap Bayern itu terpaksa berehat dalam tiga aksi antarabangsa akibat kecederaan pangkal paha.

Wales berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali melalui Joe Ledley dan pemain gantian, Emyr Huws untuk memadamkan jaringan Bas Dost dan Robben, namun ketua pasukan Belanda itu berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-81, bagi mengecewakan pasukan bimbingan Chris Coleman yang kalah buat kali pertama sejak September 2013. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");