Sukan Hari Ini

Harap lebih banyak kejohanan

PEMAIN perseorangan negara, Chong Wei Feng sedar peluang yang dimiliki untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Rio tahun depan semakin tipis apabila masih berada di ranking ke-33 dunia.

Dengan berbaki dua kejohanan sahaja lagi kejohanan tahun 2015, Wei Feng akui tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikannya lebih banyak peluang sertai kejohanan tahun depan dalam membantunya mengumpul mata kelayakan ke temasya tersebut.

“Sekarang peluang semakin lama semakin susah lebih-lebih lagi ranking saya tidak berubah.

“Lepas ini saya hanya bergantung kepada kejohanan untuk membolehkan saya meraih mata sebanyak mungkin. Tapi, perancangan untuk tahun hadapan belum ada cuma saya akan berbincang dengan jurulatih, mungkin BAM boleh beri saya banyak kejohanan untuk bantu saya kumpul mata.

“Apa pun, kita akan lihat dulu macam mana dan saya masih berharap peluang untuk ke sana sentiasa ada,” katanya selepas majlis pengumuman Panasonic dan Maxx selaku penaja utama Kelab Kepong BC di Kuala Lumpur, semalam.

Wei Feng akan menyertai Terbuka Hong Kong dan Terbuka Macau sebelum tirai 2015 berakhir.

Menurut Wei Feng, beliau berharap dua kejohanan itu akan menjadi platform yang terbaik untuk dia bangkit meneruskan misi ke Sukan Olimpk sebelum kalendar 2016 membuka tirai.

“Sudah tentu saya mengharapkan keputusan positif diraih dalam dua kejohanan itu untuk membantu saya menaikkan ranking,” katanya yang tidak akan bersara dalam dunia badminton walaupun gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016.

Mengenai penampilan kedua bersama Kepong BC untuk menghadapi saingan Liga Purple Malaysia 2015/16, Wei Feng tekad untuk membantu kelab itu sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga terbaik.

“Melihat kepada kekuatan kelab lain, buat masa ini kami hanya sasar untuk berada di kedudukan tiga terbaik. Apa pun, Kepong BC sudah bersedia untuk berdepan musim baharu yang lebih mencabar ini,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");