Sukan Hari Ini

Ikatan Safa, Azraai terlerai

TIDAK sampai sebulan dilantik sebagai pengendali Sabah, jodoh Azraai Khor Abdullah bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) akhirnya terlerai, semalam.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden 2 Safa, Datuk Lawrence Gimbang dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, keputusan dibuat selepas perbincangan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

“Safa dan Azraai mencapai persetujuan berkenaan hal ini dan Safa juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

“Persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Azraai atas sumbangannya sepanjang menjadi jurulatih skuad Liga Perdana Sabah,” katanya.

Untuk rekod, Azraai yang pernah membawa Kedah meraih tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2007 dan 2008, telah dilantik sebagai jurulatih Sang Badak berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");