Membawang Hari Ini

Impian Sheila

Selama 30 tahun dalam industri seni pastinya ratu jazz negara Datuk Sheila Majid berharap diberi peluang mengadakan konsert berskala besar khusus buat peminatnya.

Tidak hanya di negara sendiri dia juga mahu konsert itu diadakan di Indonesia dan Singapura.

Namun, keadaan ekonomi yang tidak berapa bagus menyebabkan dia sukar mendapatkan tajaan. Mungkin kerana syarikat korporat berhati-hati untuk mengeluarkan wang.

Justeru, Sheila berharap ada pihak yang sudi menaja konsertnya dan andai perkara itu terjadi pastinya Sheila serta peminat tidak sabar menantikan hari itu.

“Tiga dekad berada dalam bidang seni, pastinya saya mahu mengadakan konsert yang besar di tanah air sendiri, tetapi konsert kecil saya akan bermula di LOS ANGELES, Amerika Syarikat; Singapura dan kemudian di Jakarta tidak lama lagi. Jika diberi peluang mengadakan konsert di sini pastinya saya berharap dapat beraksi di pentas tersohor, Istana Budaya (IB).

“Disebabkan IB bakal ditutup untuk operasi baik pulih sehingga pertengahan tahun depan, kita lihat saja nanti bagaimana perancangan seterusnya,” katanya pada majlis pelancaran singlenya berjudul Sinaran Cinta, baru-baru ini.

Single itu dilancarkan bersempena lagu tema untuk filem Sinaran yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 26 November depan.

Filem lakonan Lisa Surihani, Izara Aishah, Evan Sanders, Syarif Sleeq dan Nadiah M Din itu turut menampilkan Sheila sebagai penampilan khas.

Berkongsi pengalamannya mengenai pembikinan filem itu, Sheila akui berbesar hati apabila karyanya sebagai anak seni dihargai dan sehingga dijadikan filem.

Beberapa lagu Sheila turut diberi nafas baru dan dinyanyikan semula oleh Malaque Mahdaly, Evan Sanders dan beberapa penyanyi lain.

Diterbitkan Sinaran Pictures Shooting Gallery Asia dan Nuansa Filem, filem itu diarahkan Osman Ali.

“Saya gembira apabila produksi menyatakan hasrat mahu mengangkat lagu saya menjadi sebuah filem. Saya yakin dengan kewibawaan mereka terhadap penghasilan filem ini. Oleh itu, saya memang tidak ambil tahu soal itu.

“Saya hanya fokus terhadap lagu temanya iaitu Sinaran Cinta dan saya juga gembira lagu itu diberi nafas baru yang menjadikannya lebih segar dan sedap didengar,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");