Perak Hari Ini

Inisiatif Galak Usahawan Belia Melalui PROTUNe

IPOH: Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Tunas Niaga (PROTUNe) untuk menggalakkan golongan belia bagi menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning) berkata, program tersebut bertujuan untuk membudayakan bidang keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menjadi usahawan dan memilih kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

“Program ini melibatkan seramai 25 orang setiap sekolah daripada 47 buah sekolah di seluruh negeri Perak yang telah memberi manfaat kepada sejumlah 1,175 pelajar.

“Ia merangkumi Kursus Pengurusan Syarikat, Penyediaan Laporan Tahunan dan Pembubaran Syarikat kepada peserta. Selain itu, terdapat juga pengisian ‘team building’, dan juga bengkel catur bistari yang bertujuan meningkatkan tahap kemahiran kendiri para peserta,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Abd Manaf Hashim (BN- Pengkalan Baru) dalam Mesyuarat Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-13, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga telah mengambil strategi dan inisiatif antaranya dengan mengenalpasti potensi usahawan yang boleh dibangunkan serta dimajukan.

Tambahnya, ia dilakukan melalui kerjasama agensi-agensi berkaitan selain daripada membantu menyediakan Pelan Pembangunan dan latihan usahawan mengikut kluster.

“Kesan dari Strategi dan inisiatif yang diambil serta impak kepada usahawan, masyarakat serta kerajaan negeri antaranya ialah memberi harapan kepada pencari kerja yang berjumlah 30,000 orang setiap tahun selain kebergantungan tegar kepada kerajaan. Adalah menjadi harapan kita bahawa mereka akan menjadi usahawan berjaya dan akhirnya mereka akan menjadi ‘Job Creators’.

“Sementara itu, program ini dapat memberi nafas baru kepada usahawan sedia ada yang mungkin menghadapi permasalahan dalam perniagaan. Dengan pelbagai kursus khas (Tailored Programme), mereka dapat dibantu untuk ‘Mengupaya dan Memapankan’ pada perniagaan mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");