shadow

IPOH: Pasukan Ipoh Timor muncul juara bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Perak Amanjaya 2015 setelah berjaya mengalahkan Sungai Siput dengan jaringan gol 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Juara yang berjaya merebut Perisai Menteri Besar itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM 20,000, manakala naib johan pula memperolehi RM10,000.

Perak Today 7

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyampaikan hadiah dan pingat kepada para pemenang.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahaya.

Perak Today 2 (4)

Pasukan Ipoh Timor berjaya mendahului babak pertama dengan jaringan satu gol dan kedudukannya bertambah selesa selepas jaringan gol yang kedua pada separuh masa kedua.

Sementara itu, sebelum perlawanan akhir Liga Perak Amanjaya berlangsung, penonton telah menyaksikan perlawanan di antara pasukan Menteri Besar Perak, menentang pasukan Media Prima.

Perak Today 5

Perlawanan persahabatan tersebut berkesudahan dengan pasukan Menteri Besar menang 3 – 1.

Hadirin yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan muzikal oleh Pancaragam Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Liga Amanjaya yang disertai pasukan dari 24 bahagian Parlimen di negeri ini merupakan kejohanan yang diilhamkan oleh Zambry untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *