Isu Panas

Isu DAP Kedah masih berlanjutan

ALOR SETAR – Isu kembar siam membabitkan DAP Kedah diiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan Jawatankuasa DAP Kedah diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilihat masih berlanjutan.

DAP Kedah dipengerusikan Tan Yen Chai tetap menegaskan jawatankuasa berkenaan adalah sah, semenjak konflik dua kumpulan dalam DAP Kedah berkenaan berlaku pada 2013.

Isu kembar siam yang timbul apabila ahli jawatankuasa (AJK) DAP negeri sah dibuang, manakala Interim AJK negeri ditubuhkan tanpa sebab didakwa terus menimbulkan ketegangan antara kedua pihak itu.

Menurut bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, dia dituduh kepimpinan kini sebagai punca orang awam takut dan enggan masuk ke dalam DAP Kedah.

“Untuk itu, saya menafikan diri sebagai punca, sedangkan orang awam takut masuk ke dalam DAP Kedah disebabkan kecelaruan timbul dari kewujudan dua kumpulan jawatankuasa.

“Ada orang awam yang berhasrat masuk ke dalam DAP Kedah didakwa menarik balik disebabkan takut kepadanya. Begitu kuat dan berkesankah pengaruh saya,” katanya.

Malah, katanya, cawangan didakwa tidak banyak kerana AJK negeri dikatakan tidak membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2013, sekali gus hilang kelayakan ke AGM negeri.

Katanya, dia menafikan cawangan Alor Setar tidak melaksanakan AGM 2013, sebaliknya hanyalah menunda ke tarikh bersesuaian ekoran timbul isu kembar siam.

Ketika itu, keputusan menunda AGM ke 2015 diambil berikutan DAP Kedah yang dipengerusikan dia ketika itu, tidak menerima arahan pusat dan CEC tidak sah, sekali gus mereka menunggu kebenaran ROS.

“Malahan, saya didakwa cuba mensabotaj dengan menghentam parti, sekali gus mengelirukan orang awam dan ahli DAP,” katanya.

Namun, katanya, pihak mereka tidak pernah berhasrat sedemikian, sebaliknya hanya ingin menyelamatkan parti dan membetulkan perkara tidak kena.

Setiausaha DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai, Low Teng Hooi berkata, mesyuarat dikelolakan salah satu cawangan dipimpin DAP Kedah yang diiktiraf CEC berkenaan tidak mengikut undang-undang, sebaliknya ikut kepala sendiri.

Disebabkan itu, katanya, ada beberapa ahli DAP Kedah cawangan terlibat mengemukakan beberapa aduan kepada beberapa pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");