Isu Panas

Isu ekstremisme: Di mana peranan Jakim?

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa memantapkan lagi peranan serta penguatkuasaan badan itu dalam usaha membanteras ekstremisme di negara ini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Jakim sebagai badan penguatkuasa agama di negara ini seharusnya bertindak lebih agresif terhadap gerakan ektremis.

“Yang ini saya sedih, Jakim mendabik dada dan mengatakan mereka ini merupakan satu jawatankuasa kefahaman Islam Malaysia.

“Tetapi hingga hari ini, tidak ada sebarang usaha yang menunjukkan Jakim menangani perkara ini secara berkesan,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di lobi Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.

Mujahid turut menggesa Majlis Agama Negeri menggunakan kuasa masing-masing untuk turut membantu menangani gejala ekstremisme di negara ini.

“Kita tahu di peringkat negeri, majlis agama ada kuasa memantau, menasihati dan memberi tunjuk ajar tentang Islam yang sebenarnya, jadi ini boleh membantu kita menangani gejala ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mujahid juga yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar menggesa kerajaan menangani isu pro-ekstremisme yang menular di negara ini.

Menurut Mujahid lagi, pro-ekstremisme tidak boleh dipandang remeh kerana ia merupakan permulaan kepada gerakan ekstremisme yang serius.

Isu ekstremisme dan keganasan menjadi topik hangat mutakhir ini termasuk kes pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf yang dilaporkan baru-baru ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");