Panasnya Hari Ini

Isu Vape: Rokok Juga Perlu Diharamkan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa supaya penjualan rokok elektronik atau vape dan rokok dikawal selia dengan lebih ketat oleh pihak kerajaan.

Beliau menerusi akaun Twitternya hari ini mahukan Kerajaan pengharamkan rokok eletronik mahupun rokok dilakukan secara adil.

“Saya mahu peraturan yang kukuh bagi kedua-duanya. Tetapi jika mengharamkan satu, perlu mengharamkan kedua-duanya,” katanya menerusi laman Twitternya.

Ujarnya lagi, terlalu banyak masa telah dihabiskan bagi membincangkan isu tersebut.

Tegasnya, jika kerajaan mahu mengharamkan penjualan vape maka ia perlu dilakukan dengan adil dan saksama terhadap rokok dengan mengharamkan juga penjualannya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini berkata, satu jawatankuasa khas mengenai rokok elektronik atau vape ditubuhkan bagi menjawab segala isu mengenai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan penggunaannya di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");