Berita Hari Ini

Isu Yapeim: SAMM desak SPRM jalankan siasatan

KOTA BHARU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Yapeim melakukan pembaharuan atau baik pulih sistem urus tadbir.

Penyelaras SAMM Kelantan, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin berkata, pendedahan pembayaran gaji dan elaun bulanan bernilai RM154,700 kepada pengurusan tertinggi Yapeim mengejutkan banyak pihak.

“SAMM juga menggesa kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melakukan siasatan dengan cepat dan telus agar institusi yang berkaitan agama ini tidak dipandang serong oleh masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Amizul Fazly berkata, SAMM menganggap kes itu adalah pengkhianatan dan jenayah pecah amanah yang besar, malah tidak sewajarnya didiamkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");