Panasnya Hari Ini

Isu YaPEIM : Siasat Tertuduh, Bukan Pemberi Maklumat

Foto:- Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Centre to Combat Cronyism and Corruption (C4) menggesa agar pihak polis menghentikan siasatan terhadap pendedah maklumat Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat (NOW), Akmal Nasir berkaitan dakwaan penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada yang dituduh.

Pengarahnya, Cynthia Gabriel turut menggesa agar pengauditan lebih tegas dilakukan terhadap yayasan itu untuk memastikan tiada dana awam disalahgunakan oleh individu tertentu.

“Daripada menyiasat dakwaan-dakwaan yang mengejutkan ini, polis memburu pemberi maklumat yang kemungkinan menghadapi tuduhan jenayah kerana memiliki dokumen dalaman untuk menyokong dakwaannya.

“Laporan polis dibuat terhadap Akmal, manakala yang tertuduh bebas begitu sahaja, dan tanpa rasa takut ditangkap atau diketahui.

“Ini bukan kali pertama di mana pendedah maklumat menjadi sasaran utama berbanding pelaku yang didakwa,”katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

Terdapat beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Akmal yang kini disiasat oleh pihak polis kerana memperolehi dokumen rahsia.

Cynthia berkata, meskipun begitu, dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Akmal itu telah disahkan benar oleh Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin.

Tambahnya lagi, sehingga kini ‘tiada gesaan’ daripada pihak berkuasa dalam mencari kebenaran dan menyiasat dalang yang sebenar tetapi sebaliknya, terdapat ‘gesaan’ daripada pihak tertentu untuk terus menutup mulut pengkritik dan pemberi maklumat.

Terdahulu, isu YaPEIM menjadi hangat apabila Akmal mendedahkan bahawa menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa telah menyalahgunakan dana yayasan tersebut untuk ke New York dan Amerika Syarikat yang melibatkan wang berjumlah hampir setengah juta ringgit.

Cynthia turut berkata, bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap YaPEIM, pihak Polis perlu memberi tumpuan kepada pesalah yang didakwa dan bukannya pemberi maklumat.

C4 turut menggesa agar ahli-ahli Parlimen supaya menggubal satu undang-undang untuk melindungi pendedah maklumat daripada pendakwaan dan menggubal akta kebebasan maklumat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");