Panasnya Hari Ini

Jamil Khir Didakwa Salahguna Wang YaPEIM Sebanyak RM410,978

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir mendakwa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menggunakan wang sebanyak RM410,978 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Katanya, wang yang digunakan oleh Jamil dan isteri, Datin Seri Fatmawati Saidin adalah wang anak yatim dan miskin semasa beliau ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

“Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti rombongan ke Amerika Syarikat pada 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Jamil dan ahli rombongan telah dibawa melawat sekitar bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa.

“Dikatakan perjalanan itu untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM, tetapi perbelanjaan yang dibayar YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah,”ujarnya.

Tambahnya, dengan pendedahan yang dilakukannya itu, ianya menjangkau imaginasi rakyat di negara ini dan tindakan yang dilakukan oleh Jamil telah melampaui batas serta mengkhianati agama, bangsa dan negara.

“Bagaimana yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalahgunakan untuk aktiviti-aktiviti menteri?”soalnya.

Beliau turut menggesa agar Jamil Khir memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan meletakkan jawatan sekiranya masih mempunyai maruah.

“NOW juga menggesa Jamil Khir dan pemimpin wanita UMNO Kelantan serta keluarganya dan Presiden yayasan itu memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan ke luar negara.

“Kita doakan agar mereka akur dengan kesilapan mereka dan berharap YaPEIM dirombak agar setiap wang yang diagihkan kepada mereka yang benear-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka,”luahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");