Sukan Hari Ini

Jentera serangan Lions tempang

MENJELANG aksi suku akhir pertama menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Lions XII terpaksa melupakan peledak berbisanya, Khairul Amri Kamal yang masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, peluang Khairul Amri beraksi di Kuantan malam ini masih belum pasti memandangkan masih dibelenggu kecederaan.

“Ketiadaannya bukanlah masalah besar kerana kami memiliki pemain lain yang mampu mengalas tanggungjawab berkenaan.

“Kami masih memiliki Sufian Anuar, Syafiq Zainal, Sahil Suhaimi dan adik Khairul Amri iaitu Khairul Nizam.

“Kita akan lihat pilihan yang ada bersesuaian dengan corak permainan kerana saya masih belum membuat keputusan mengenai pemain.

“Hadir di tempat lawan dengan misi membawa balik keputusan positif sebagai bekalan aksi kedua di laman sendiri nanti,” jelasnya.

Khairul Amri yang merupakan pemain skuad kebangsaan Singapura mengalami hamstring pada aksi menentang Terengganu, 7 November lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");