Panasnya Hari Ini

Jual Vape Di Farmasi : KKM Perlu Berbincang Dengan Peniaga Vape

KUALA LUMPUR:Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi saranan supaya pihak Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dengan peniaga rokok eletronik atau Vape bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Menerusi catatannya di laman Facebook miliknya, Beliau turut menyarankan supaya Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula cadangan baru itu dengan mengambil kira dari segi kerugian yang bakal dialami oleh peniaga-peniaga vape.

“Saya berharap Kementerian Kesihatan dapat duduk berbincang dengan peniaga-peniaga vape bagi mencari kaedah penyelesaian win-win (menang-menang) situation (situasi) dan dalam masa yang sama menyegerakan memperkenalkan peraturan-peraturan yang lebih jelas kepada semua komuniti samada kepada pengguna, penjual dan pengusaha perisa,” jelasnya.

Tegasnya, penjualan cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya di farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar seperti yang dicadangkan kementerian itu semalam bakal mengakikbatkan perniagaan golongan peniaga Vape terutamanya anak-anak muda Melayu mengalami kerugian dan dikhuatiri juga ditutup.

“Di farmasi bermakna peniaga-peniaga vape tidak lagi boleh berniaga vape sebab farmasi dimiliki syarikat-syarikat besar termasuk syarikat luar negara.

“Tindakan ini tentu sahaja akan membunuh perniagaan vape yang kebanyakan dimiliki oleh anak-anak muda Melayu,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi cadangan suapaya cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Tindakan itu katanya merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");