Panasnya Hari Ini

Kadar Tambang KTM Komuter Naik Mulai 2 Disember ini

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan mengenai kenaikan tambang untuk perkhidmatan KTM Komuter sehingga RM7.20 sehala, bermula 2 Disember ini.

Memetik sumber Therakyatpost, Presiden KTMB berkata kenaikan melibatkan peningkatan sekitar 4 sen untuk setiap kilometer perjalanan, iaitu daripada 11 sen setiap kilometer untuk setiap penumpang, kepada 15 sen.

Tambahnya lagi, kenaikan itu juga hanya membabitkan sektor Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Namun Bagaimanapun, potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah pula dikecualikan membayar tambang dan kadar tambang baru itu akan memanfaatkan pengguna komuter untuk perjalanan jauh.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penduduk di luar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam, khasnya untuk mereka menjelajah dari kawasan pinggir bandar ke tempat kerja di pusat bandar,” katanya.

Keputusan penambahan kadar tambang berkenaan telah diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), selepas mendapat lampu hijau daripada Kabinet pada September lalu setelah kali terakhir penyelarasan tambang KTM Komuter itu pada Februari 2003.

“Struktur tambang baru ini akan dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang naik setiap tahun, susulan kenaikan harga alat-alat ganti.

“KTM juga tertakluk kepada kadar komersial untuk tarif elektrik,” katanya.

Ujarnya lagi biarpun kadar tambang tersebut dinaikkan namun KTMB masih menanggung kerugian, berikutan kos operasi adalah 20 sen setiap kilometer untuk setiap penumpang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");