Isu Panas

Kaji semula penggantungan Kit Siang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo mengemukakan usul mengkaji semula penggantungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Usul dibawa Ahli Parlimen Puchong itu, tertera dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat, susunan ke-32, semalam.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 43 dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 99 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan Yang Mulia ini mengkaji semula dan mengetepikan keputusan Yang di-Pertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, membenarkan usul menggantung Ahli Parliman Gelang Patah, Lim Kit Siang, daripada perkhidmatan ahli Parlimen selama enam bulan dibahas tanpa rujukan dibuat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menurut Peraturan 80A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat,” petik usul itu.

Kit Siang digantung pada 22 Oktober lalu, susulan enggan memohon maaf dan menarik kenyataan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kit Siang mendakwa Pandikar menyalahguna kuasa dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad.

Penggantungan dibuat selepas pengundian menyaksikan 107 ahli Parlimen bersetuju, sementara 77 lagi tidak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");